Monday, January 31, 2011

KAUM LELAKI PENCETUS MEMAKAI HIGH HEELS?

Kaum lelakilah yang mula-mula sekali memakai kasut bertumit tinggi..Ya memang benar. anda mungkin terkejut jika anda tahu apa yang lelaki zaman dahulu pakai di kaki mereka. Pada kurun kedua belas di Eropah, lelaki memakai kasut yang dipanggil crackows atau poulaines,  yang mempunyai hujung yang tajam. Orang kaya kadang kadang memakai kasut yang panjangnya sehingga enam puluh sentimeter , walau pun orang biasa hanya memakai kasut sepanjang lima belas sentimeter. kasut kasut ini dibuat daripada kulit lembut , jadi terompah kayu yang dipanggil pattens dipakai dibawah kasut kasut ini untuk melindunginya.

Crackows


Poulaines


Stail kasut selepas 400 tahun untuk lelaki dan wanita berubah kepada selipar potongan rendah , dengan hujung berbentuk empat segi. mereka juga menjadi gila dengan bahagian jari kaki , yang ditarik ke dalam malahan membelah kulit untuk menayangkan lapik yang berwarna. bahagian jari kaki kasut menjadi terlalu lebar sehingga undang undang terpaksa digubal untuk mengawal saiznya.

Tumit tinggi mula diperkenalkan pada akhir kurun keenam belas. Louis XIV dari Perancis yang mempopularkannya . Beliau seorang raja yang pendek yang mahu kelihatan tinggi.Kasut jenis ini mempunyai bahagian jari kaki berbentuk empat segi dengan lidah yang panjang, dikancingkan dengan gancunya atau reben besar. Lelaki juga memakai but yang mempunyai bukaan yang lebar dibuat daripada kulit lembu , dan juga dengan kasut hosieri yang berenda.  jika anda boleh bayangkan cerita Puss In Boots ,begitulah rupanya.


Tukang kasut mula menggunakan kulit lebih keras pada kurun kelapan belas untuk membuat but yg lebih tinggi , dan bertumit tinggi dengan bahagian jari kaki yg tajam .Pada pertengahan kurun kesembilan belas , kasut mula dibuat secara besar-besaran , pembuatan bentuk kasut lebih kurang sama sahaja hiasannya berbanding dahulu.

Louis XIV

Puss In Boots


No comments:

Post a Comment

CELOTEH MUDA-MUDI