Tuesday, December 1, 2009

MARI KITA KETAWA!

Di sebuah kampung,ada tiga orang remaja yang sukamelepak.Seorang bernama Ali,seorang Budin dan seorang lagi Ciko.Aktiviti seharian tiga pemuda yang suka melepak tidak kira masa,menyebabkan tok imam di kampung itu tak senang duduk.

Pada suatu petang,tok imam datang ke tempat mereka lepak dengan niat hendak tarbiah tiga pemuda ini.

Maka,ketika itu berlakulah bebeapa insiden cabar-mencabar.Tok imam mencabar si mangkuk hayun tiga ekor itu berjemaah ke surau,bila masuk waktu Maghrib nanti.

Si Ali pun berkata;

"Tok imam ingat kami ni jahil sangat ker? Tak apa,nanti kami buktikan yang kami bukan jahil seperti yang disangka."

Maka,apabila hampir masuk waktu Maghrib pergilah si mangkuk hayun tiga ekor itu ke surau.

Tok imam pun suruh Ali azan.Tanpa berlengahterus Ali laungkan azan sekuat hati;

"Allah Taala....Allah Taala..."

Segera Tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan suruh tok bilal azan semula.Tok imam bengang,ali jahil,tak pandai azan.

Selepas iqamat,masa hendak sembahyang,tok imam pun mengangkat takbiratul ihram.Tok imam pun satu,angkat sekali tak khusyuk,angkat dua kali pun tak khusyuk jugak.

Masuk kali ketiga,Budin panggil Tok imam.:

"Tok! Tok! Duduk kat belakang,biar saya jadi imam!"

Tok imam pun undur setapak ke belakang.Budin pun maju setapak ke depan,lalu angkat takbiratul ihram;

"Allahu akbar!"

Maka,para makmun pun ikut angkat takbiratul ihram dan memulakan solat.

Tiba tiba saja si Budin pusing ke belakang sambil berkata;

"Aaaa,tengok! Sekali je tokk!!"

Batallah solat Budin.yang lain pun ikut berhenti sambil ketawa terbahak bahak kerana solat sudah terbatal.

Tok imam pun minta pulak si Ciko jadi imam.si Ciko pun terus ke depan,jadi imam solat Maghrib,bermula dari takbir sampai tahiyat terakhir.siap dengan wirid wiridnya sekali,selepas sembahyang.Tok imam yang tengok punyalah respek dengan si Ciko ni.

Lepas solat,Tok imam tak habis habis memuji si Ciko.Bagi tok imam,si Ciko layak menjadi contoh kepada anak anak muda di kampung itu.

Si Ciko,selepas mendengar tok imam memujinyaterus jadi bongkak.Dengan penuh bangga,Si Ciko berkata;

"He He,itu belum saya ambil wuduk lagi tok.Kalau dah ambil wuduk,lagi dahsyat saya sembahyang!"

Tok imam yang mendengar terkedu.

"jadi,tadi kamu sembahyang tak ambil wuduk? Soal tok imam.

Apa lagi,selepas itu teruk tiga orang muda tersebut ditarbiah oleh tok imam.Akhirnya ketiga tiga anak muda tersebut insaf dan mula belajar agama dengan tok imam.

*LOL!

1 comment:

  1. SiLaKa....perGhh..Yg cita ari tue aZaN jak Kan..Nie sMpi jdI imAM..NgeNg tul

    ReplyDelete

CELOTEH MUDA-MUDI