Tuesday, December 1, 2009

BAPA PENGEMIS & TIGA ANAK DI UNIVERSITI!

Cerita ni aku ambik dari sebuah buku.

   SEBELUM ni,saya  selalu mengeluh.Harga minyak naik,barang barang mahal,duit sekolah anak anak lagi.Mana nak korek duit.Saya tak pernah bersyukur dengan apa yang ada.
   Tapi,bila membaca satu artikel megenai satu kisah hidup pengemis yang pernah tersiar dalam Mastika sebelum ini,membuatkan saya tersedar.
   Saya teringat pula satu kisah serupa berlaku semasa saya masih menuntut di sebuah kolej swasta di Kula Lumpur.Suatu hari,saya sedang keluar dari kolej selepas habis kuliah.
   Tiba di persimpangan,saya melihat seorang pengemis lelaki tua,dalam lingkungan umur 50-an,sedang duduk meminta sedekah.
   Muka pengemis itu berkedut dan berdaki.rambutnya kusut.perutnya leper.tangannya terketar ketar.
   Selalunya,saya hanya memberi wang kepada setiap pengemis yang sering berkeliaran di kawasan itu dan terus berlalu pergi.
   Tapi entah kenapa,hari itu tergerak hati saya untuk menegur pengemis tua tersebut.Mungkin hari itu,mood saya tengah baik dan saya juga tiada sebarang urusan penting.
   Lalu,saya menghampiri pengemis yang berpakaian compang camping dan badannya berbau tengik itu.Saya ambil peluang berbual bual dengannya.

saya;Sudah lama mengemis,pak cik?
pengemis;Ya..lama,lebih kurang 18 tahun lalu,nak..
saya;wah,sudah lama jugak ya pak cik..sehari biasanya dapat berapa pak cik?
pengemis;kalau orang rasa kasihan,adalah rezeki pak cik,nak..biasanya dari pukul 08oo pagi sampai o800 malam dapat RM30 sehari.
saya;banyak jugak ya pak cik?
pengemis;bolehlah nak,untuk keluarga..anak anak nak kena bagi makan(air mata itu mula berguguran).
saya;ohhhh..pak cik ada keluarga.Di mana mereka sekarang?
pengemis;isteri pak cik meninggal dunia dah lama(lama terdiam,sambil menyapu air mata).Anak pak cik pula semuanya ada tiga orang.tiga tiga lelaki.Yang pertama dekat Universiti putra Malaysia di Serdang tu,Yang kedua,dekat Universiti Malaya,dan yang ketiga dekat Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi nuuun!
saya;wah!! hebat hebat keluarga pak cik ni.boleh tahan jugak yer otak mereka.Walau pun pak cik orang susah,anak anak semua berjaya.
pengemis;(tersenyum).Biasalah nak,mereka sendiri yang usaha.pak cik ajar sikit sikit aje.mereka pandai sendiri nak hidup nak oii..kalau malas,susahlah.Anak pun pandai,sekolah kat sini ker?
saya;(membalas senyuman) ya pak cik..kat kolej sini lah.So,anak pak cik semuanya tu masih belajar lah yer?
pengemis;tak,arrrrrrr....tiga tiga anak pak cik tu...arrrrrr..semuanya mengemis macam pak cik..dia orang kata duduk mengemis dekat Universiti tu banyak sikit incomenya.pasal budak budak U ni dapat biasiswa,dapat duit PTPTN.budak U ni pemurah nak oii.lagi lagi kalau dekat dekat nak exam,selalu bersedekah kat anak anak pak cik,setakat dua tiga ratus sehari tu biasalah!

*hahahahahaha..hampehs betul la!
*sumber;MASTIKA

No comments:

Post a Comment

CELOTEH MUDA-MUDI