Saturday, October 31, 2009

SERONOKNYA JADI PEREMPUAN




Ok..yang ni keistimewaan jadi PEREMPUAN lak..kaum kaum HAwa sekalian,siap sedia untuk merasa bangga diri sekejap,NOTICE;SEKEJAP JE!^_^.Dilahirkan sebagai seorang PEREMPUAN memang seronok.Banyak kelebihan diberi kepada kaum Hawa ni sebenarnya.Mana mana kaum LELAKI yang membaca blog aku ni seharusnya menerima seadanya kelebihan kelebihan yang diberi pada kaum yang satu ni.jangan jeles,okey??

>DIUTAMAKAN
-Mana mana pegi pon selalunya PEREMPUAN didahulukan.kalau mau masuk bangunan,perempuan dulu diutamakan,kalau mau naik bas,PEREMPUAN jugak yang didahulukan..Tapi kalau LELAKI yang masuk/naik dulu biarpon dia da nampak PEREMPUAN tu sedang hamil ker hapa dan buat buat tak nampak,DAYUS namanya! ingat tu yer wahai kaum Adam..kot ya pon ko tengah  in rush..jaga la adab ko tu..respect ar sikit..
-kalau bencana alam,PEREMPUAN dulu yang diselamatkan.LELAKI?? pandai pandai sendiri la ko hidup yer..n_n

>BELI-BELAH
-cuba tengok di shopping complex.Department mana yang paling luas dan paling meriah?? mesti lah department wanita.pakaian wanita lebih banyak variasi/jenis dari lelaki.macam macam warna boleh dipilih.

>JADI TUMPUAN
-pantang keluar rumah,mesti ada jak mata mata yang memerhati.jalan selangkah,sana bersiul.jalan dua langkah,sini mengurat.nak nak pulak awek tu comel gebu.terasa macam artis pon ada.bangganya!

>SARADIRI
-memang la zaman sekarang ni PEREMPUAN kena bekerja.tapi bila da ada pakwe ataupun yang dah berkahwin tu bertambah-tambahlah hartanya.mana taknya,sikit sikit bodek duit laki.tak pon buat buat merajuk dengan pakwe minta beli kereta.best kan??

>MUDAH KE SYURGA
-mengandungkan anak pon dikira pahala besar(jangan plak korang terus buat maksiat gara2 mo dapat pahala,gila namanya tu!!).
-Taat pada suami pon senang dapat masuk syurga.
-Tambah pulak lagi solat lima waktu semua,kompem boleh cium bau syurga.

*tapi malangnya semua yang ada dengan gender ni  jauh beza dengan status aku

No comments:

Post a Comment

CELOTEH MUDA-MUDI